Syarikat MYP Sdn Bhd
Warisan zaman berzaman, sejak 1957
Sejak ditubuhkan pada tahun 1957 oleh Allahyarham Hj Mohd Yusof Pral, jenama Geliga telah menjadi simbol kelegaan yang dipercayai rakyat Malaysia, Singapura, Brunei, dan negara jiran. Dihasilkan secara teliti mengikut amalan tradisional dan piawaian moden GMP, produk kami terus membantu masyarakat dalam merawat masalah sakit otot dan sendi secara semula jadi.

Latarbelakang
Syarikat dan Sejarah
Pada tahun 1957, SYARIKAT MYP SDN BHD ditubuhkan oleh Allahyarham Hj Mohd Yusof Pral. Perniagaan ini dimulakan di pasar Geylang Serai Singapura selepas Perang Dunia 2 dan kemudian berkembang ke Larkin, Johor. Perniagaan ini pada mulanya sebagai industri kotej dan kemudian berkembang menjadi industry kecil. Proses pembuatan manual bermula daripada proses pengadunan dan jualan akhir produk. Pengedaran produk adalah di seluruh Malaysia, Singapore dan Indonesia.
Pada tahun 1990 pemilikan syarikat telah diambil alih oleh JASA Sarawak Berhad. Syarikat ini telah mengembangkan kaedah pengeluaran, jualan dan pengedaran produk Ubat Minyak Geliga di seluruh Malaysia dan di Singapura, Brunei, Filipina, Indonesia, Thailand dan Vietnam.
Pada masa yang sama syarikat telah memulakan untuk mematuhi keperluan standard GMP produk dan pengeluaran dari Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, (BPFK) Kementerian Kesihatan Malaysia. Sehingga hari ini, kami memegang tiga lesen produk, Ubat Minyak Geliga (MAL19970235XC), Geliga Aroma (MAL19992203XC) dan Geliga Balm (20016152XC). Penyelidikan pasaran baharu untuk produk baharu sentiasa dilakukan dan kami mungkin menghasilkan produk baharu mengikut keperluan pasaran pada masa hadapan.
🤝 Rakan Niaga Kami